Powered By Blogger

Thursday, 18 December 2014

Faktor Kewujudan Tamadun Dunia

FAKTOR KEWUJUDAN TAMADUN
            Faktor kewujudan tamadun antaranya ialah proses urbanisasi atau pebandaran. Hal ini dapat dilihat seperti yang berlaku di tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus. Di tamadun Mesopotamia misalnya, kewujudan beberapa negara kota yang mempunyai pemerintahan sendiri, menunjukkan sememangnya wujud sebuah tamadun manusia. Begitu juga dengan tamadun Indus, kewujudan beberapa bandar utama seperti Mohenjo Daro dan Harappa, juga memperlihatkan hakikat bahawa, proses urbanisasi sebagai aspek utama menyebabkan kewujudan tamadun itu sendiri.
            Selain itu, faktor kewujudan tamadun juga ialah disebabkan oleh faktor geografi. Jika dilihat, rata-rata tamadun awal dunia bermula di lembah sungai. Mengapa ia dipilih? Hal ini demikian kerana untuk memudahkan masyarakat pada zaman itu mendapatkan sumber makanan dan minuman. Selain itu, lembah sungai juga berfungsi sebagai sumber pengairan yang baik bagi menjalankan kegiatan pertanian. Faktor geografi yang dikaitkan dalam pembentukan tamadun juga ialah iklim yang membantu perkembangan sesuatu tamadun itu.[1]
            Di samping itu, faktor kewujudan tamadun juga dipengaruhi oleh proses migrasi. Ini dibuktikan apabila masyarakat pada zaman dahulu yang hidup berpindah randah. Dalam konteks ini, secara tidak langsung penghijrahan yang berlaku secara tidak langsung membantu mewujudkan  sesuatu tamadun yang baru.[2]






[1] Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 14-19
[2] Ibid, hlm. 15

Wednesday, 17 December 2014

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Ciri-ciri
Ciri pertama yang dapat dilihat dalam tamadun Mesopotamia (Babylon) ini melalui sistem pemerintahan yang digunakan iaitu bersifat teokrasi.  Hal ini dikatakan demikian kerana raja menjadi pemerintah dalam sesebuah kerajaan.[1]  Di samping menjadi pemerintah kerajaan, raja juga dianggap sebagai tuhan atau walik tuhan dan pemilik ibu kota. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan, rakyatnya tidak menyembah raja mereka.  Tetapi pada zaman pemerintahan raja Naramsin, rakyat mereka dipaksa menyembah rajanya. Raja juga dikenali sebagai lugal ataupun gabenor.[2] Sementara itu, lugal bermaksud pemerintahan agung.  Dalam pemerintahan, raja memainkan peranan penting sebagai panglima tentera, ketua hakim, ketua rumah berhala dan menteri kerja awam. Di samping itu, tugasan penting raja ini juga adalah membina dan memelihara rumah ibadah.

Organisasi sosial
Dari segi sosial, raja menduduki tangga yang teratas dalam susun lapis masyarakat.  Ini diikuti oleh golongan bangsawan dan Paderi.  Seterusnya terdapat golongan pedagangan dan akhir sekali rakyat biasa.[3] Berikut merupakan struktur susun lapis masyarakat Mesopotamia:
Setiap susun lapis dalam masyarakat mesopotamia mempunyai peranan penting.  Raja berperanan semua tugsan terhadap kerajaan.  Setiap arahan yang diberika perlu dilakukan.  Dalam pada itu, raja perlu ada penganti untuk meneruskan pemerintahan setelah kemangkatannya.[4]  Bagi golongan bangsawan pula, mereka akan membantu raja dalam menguruskan pentadbiran.  Tugas golongan bangsawan  yang penting dapat dilihat iaitu memilih calon takhta pengganti.[5]  Di samping itu, golongan bangsawan juga akan dilantik sebagai pegawai.  Golngan professional pula dikenal sebagai ummane.  Hal ini kerana golongan ini fasih dan memiliki professional dalam pelbagai bidang. Akhir sekali iaitu, rakyat biasa dan hamba.  Mereka ini memduduki struktur paling bawah. Peranan mereka ini sinonim dengan petani iaitu mengusahakan tanaman.[6]
Kepercayaan dan agama
Agama juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Mesopotamia.  Masyarakat Mesopotamia mengamalkan agama politisme iaitu mempunyai tuhan yang banyak.[7]  Antara dewa yang disembah oleh masyarakat ini iaitu terdapt tiga Tuhan yang utama. Meraka adalah An, Enlil, dan Enki.[8]  Tuhan An adalah Tuhan Langit dan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan tuhan-tuhan Sumeria.  Fungsinya iaitu menyelesaikan perbalahan di antara tuhan-tuhan.  Tuhan Enlil pula tuhan udara dan mengawasi pergerakan dan pernafsan.  Seterusnya ialah Tuhan Enki.  Enki bermaksud tuhan bumi. Segala pengaliran air dikawal oleh tuhan Enki. Satu lagi aspek dilihat dalal aspek keagamaan masyarakat tamadun Mesopotamia ialah hubungan tuhan dengan manusia.  Hubungan raja dan tuhan secara langsung berbanding dengan hubungan manusia tahap yang rendah.  Dalam konteks ini, kita dapat lihat hubungan dengan tuhan juga sama seperti tuan dan hamba. Raja takut, hormat dan redah diri apabila bertemu dengan tuhan.
Di samping itu, satu Tuhan atau dewi mengawal setiap negara kota.  Sebuah negara bandar terpaksa untuk menerima Tuhan baru penakluknya.  Terdapat dewa-dewa tambahan atau dewi untuk setiap perdagangan, seperti tukang tembikar, jurutulis, atau pekebun.  Individu bergantung di Tuhan peribadi mereka sendiri yang akan membantu mereka, banyak seperti satu malaikat penjaga.

Pengkhususan pekerjaan.
Dalam masyarakat tamadun Mesopotamia, perkerjaan yang dilakukan seperti petani, pedagang.  Dalam perkerjaan Mesopotamia ini, pedagangan merupakan perkerjaan yang semakin berkembang.  Hal ini dikatakan demikian kerana tempat berhala juga dijadikan tempat perdagang selain bertani.  Perdagangan ini membawa kepada kepesatan ynag berlaku dalam tamadun Mesopotamia.



[1] Ibid,halaman 177
[2] Ibid,halaman 117
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999, halaman 48
[4] Ibid, halaman 48
[5] Ibid, halaman 49
[6] Ibid, halaman 49
[7] Katherine Reece, The Mesopotamians: conquerors of middle east, rourkepublishing, 2005, halaman 34
[8] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999, halaman 69

Sejarah Tamadun Dunia

Tamadun Mesopotamia (Babylon)
Kemunculan sesebuah tamadun dapat dilihat dari segi ciri-ciri yang ada pada sesebuah kerajaan yang dibangunkan oleh masyarakatnya.  Menurut professor M.A.J. Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.[1]  Beliau menyatakan bahawa tamadun yang tertua di dunia adalah Tamadun Mesopotamia yang lahir lebih kurang 5000 tahun yang lampau.  Antara ciri-ciri utama Tamadun Mesopotamia adalah kewujudan negara kota, tugu peringatan, agama dan sistem tulisan.  Untuk mencari asal-usul ini, kita melihat kepada ketamadun purba, merupakan menggabungkan keperluan dan keadaan alam sekitar yang disebabkan orang ramai untuk membangunkan dan menyesuaikan diri.  Tamadun Mesopotamia adalah sebuah rantau di mana tamadun yang terawal dibangunkan di dunia.  Perkataan Mesopotamia berasal daripada daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Tanah di antara sungai’.[2]  Ia merujuk kepada kawasan yang terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates.  Hari ini jarak sungai Euphrates lebih kurang  2800 km panjang dan jarak sungai Tigris pula lebih kurang 1890 km.[3] Tamadun ini juga meliputi kawasan seluas 130 000 batu persegi.  Dari segi geografi, kawasan ini dikelilingi oleh pergunungan Zagros di bahagian timur laut dan daratan tinggi Arabia di barat daya.  Tamadun Mesopotamia berkembang sekitar tahun 3500 S.M.  Sekumpulan orang nomad tiba kira-kira 3500 S.M di keluasan tanah yang kaya dan subur  selepas Tigris dan Euphrates banjir setiap tahun.  Oleh itu, kawasan tersebut didiami oleh masyarakat ini dan menetap di sumer, mereka dikenali sebagai Sumeria.[4]  Orang-orang Sumer mendiami bahagian selatan Lembah Sungai Tigris-Euphrates iaitu dari Nippur hingga ke Teluk Parsi.  Menurut Leonard Wooley, orang-orang Sumer mungkin berasal dari kawasan pergunungan.  Ini kerana bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan menggunakan kayu balak.  Di samping itu, teks-teks kuno menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tinggal  di kawasan pergunungan.  Selain orang-orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa yang utama iaitu orang-orang Semitik.  Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai Akkad.  Orang-orang Semitik berasal dari Semenanjungn Tanah Arab.  Mereka menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin utama Sargon Agong.  Empayar pertama ini juga dikenali sebagai empayar Akkadia.  Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa semitik yang memainkan peranan penting dalam sejarah Mesopotamia.   Selain daripada dua bangsa utama tersebut, Mesopotamia juga menjadi tumpuan suku-suku kaum yang tinggal di kawasan pergunungan.  Antara suku-suku kaum ini adalah orang-orang Guti, Kassite, dan Hurrian.  Kedatangan pelbagai suku kaum ini telah melahirkan satu tamadun yang kompleks yang dinamakan Tamadun Sumero-Assyro-Babylon.  Tamadun Mesopotamia yang bermula sekitar 3500 S.M. telah bertahan selama 3000 tahun.  Walaupun menghadapi pelbagai masalah pergolakan politik dan ancaman luar tetapi ia mengekalkan keunggulan sehingga awal abad Masihi yang pertama.  Dalam konteks ini, Bandar-bandar utama seperti Ur, Uruk, Nippur, Agade, Babylon, Assur, Nineveh memaikan peranan penting sebagai pusat ekonomi, politik dan budaya.[5]  Banadar-bandar ini telah memelihara dan menghidupkan peradaban Mesopotamia.  Tamadun yang unggul ini mula runtuh pada awal era Masihi.  Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada warisan budaya dan ilmu sains Mesopotamia telah diselamatkan oleh orang-orang Yunani.



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999, halaman ix.
[2] Katherine Reece, The Mesopotamians: conquerors of middle east, rourkepublishing, 2005, halaman 6
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999, halaman xiii
[4] Ibid, halaman xiii
[5] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999, halaman xiii