Wahana
Monday, 2 May 2016
Memotivasikan Murid
Definisi motivasi
Motivasi
boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan
sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut
Strenberng (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin
kepada sesuatu tindakan. Selain itu,
motivasi turut melibatkan sesuatu proses yang memberi kuasa dan arahan yang
menggerakan tingkah laku seseorang.
Manakala bagi Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi boleh ditakrifkan
sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai
prestasi cemerlang di sekolah.
Motivasi
adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai
matlamat akademik yang berkaitan rapat dengan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zaraida,
2004). Menurutnya lagi, jika seorang
pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang
maka pelajar itu adalah bermotivasi.
Selain daripada itu, motivasi tidak hanya terikat kepada pembelajaran
sahaja
Kepentingan
Motivasi
mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
murid. Kepentingan yang pertama adalah
untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid yang bermotivasi
akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberi sepenuh
perhatian terhadap pengajaran. Hal ini
akan mencetus kepentingan kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid
terhadap sesuatu pembelajaran. Murid
yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberi
sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas semasa guru mengajar di
hadapan kelas. Selain itu, motivasi juga
penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung
pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.
Terdapat
8 jenis motivasi yang boleh dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu
motivasi tugas, motivasi aspirasi, motivasi persaingan, motivasi afiliasi,
motivasi kecemasan, motivasi menghindari, motivasi peguatan dan motivasi yang
diarahkan oleh diri sendiri. Jika
melihat setiap maksud motivasi tersebut, motivasi tugas adalah motivasi yang
ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan manakala motivasi aspirasi yang
tinggi akan dapat dipupuk sekiranya pelajar memiliki perasaan ingin berjaya. Guru dapat membantu pelajar yang memiliki
motivasi aspirasi yang rendah dengan menggalakan pelajar tersebut untuk
mengejar cita-citanya. Bagi motivasi
persaingan pula dapat diterapkan melalui persaingan yang sihat sekaligus
menjadi motivasi yang kuat. Namun
begitu, guru haruslah mengawal motivasi ini kerana persaingan yang tidak sihat
mampu menjejaskan motivasi pelajar.
Motivasi
afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan
sebaik-baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain manakala
motivasi kecemasan sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar
pelajar yang bermotivasi rendah dan yang memiliki kecerdasan tinggi. Sebagai contoh, guru subjek sejarah boleh
meningkatkan motivasi pelajarnya untuk menghafal fakta dalam sejarah dengan
mengadakan kuiz ringkas pada permulaan setiap kelas terhadap setiap peristiwa
yang berlaku dalam sejarah tersebut. Hal
ini akan mencetuskan motivasi kecemasan di dalam diri pelajar sekaligus
mendorong pelajar untuk belajar.
Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar
murid, memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan
pelajar dan memberi penghargaan.
Motivasi ini dapat dilaksanakan dengan memberi penghargaan dan pujian
sekiranya terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar. Bagi pelajar yang menurun dari prestasinya
perlu diberi perhatian dan nasihat.
Motivasi
yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi
pelajar dalam belajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi ini menunjukkan tingkah
laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang
menjadi latar belakang tingkah laku mereka.
Oleh itu, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya
memberilkan aktiviti yang bersesuian dengan pelajar.
Cara-cara memotivasikan pelajar
Terdapat
2 teknik motivasi iaitu teknik intrinsic dan teknik ekstrinsik. Bagi maksud teknik intrinsic ilah dorongan
dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu
tanpa memikirkan ganjaran dan boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh
terbentuk dari pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Manakala bagi maksud teknik ekstrinsik pula
boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan
seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Kita
boleh lihat ciri-ciri pelajar yang bermotivasi ini melalui perbuatan yang
dibuat oleh pelajar tersebut. Misalnya, mereka
senantiasa rajin ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca
dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. Dalam hal ini, guru adalah individu yang
bertanggungjawab untuk memberikan motivasi kepada pelajar tersebut. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak
cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apakah tujuan
melaksanakan kerja atau tugasan tersebut.
Sebagai seorang pendidik, guru haruslah memberi penjelasan terhadap
pelajarnya mengenai beberapa perkara tersebut iaitu sebab-sebab tugasan yang
diberikan penting, perkaitan antara subjek dengan kehidupan dan memastikan
pengetahuan asas pelajar mantap serta cara-cara bagi menilai hasil kerja
mereka.
Selepas
pelajar jelas akan perkara-perkara di atas, ini munkin dapat membantu pelajar
memahami kepentingan mereka melaksanakan tugas sebgai pelajar. Di sini terdapat beberapa cara dan kaedah
yang boelh yang boleh diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan tahap motivasi
dalam diri pelajar.
Ganjaran
Pelajar
yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara
luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan
kelebihan pelajar dan suburkannya, kesannya mereka pasti akan mengulangi
kebaikan ini pada masa akan datang.
Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian dan
markah bonus dan sebagainya. Ganjaran
bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap
usaha yang dberikan. Guru boleh juga
memberi insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat
tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran
luar yang berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman
pelajar.
Tetapkan matlamat
Guru
yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap
pelajarnya iaitu bagi setiap subjek yang dipelajari. Guru tersebut juga harusalah mngikuti perkembangan pelajar dan memastikan setiap
pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang
mengajar subjek tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar bahawa
mereka harus faham tentang topik yang diajar pada hari tersebut di akhir
kelas. Jika matlamat tersebut tidak
dicapai, guru harus membimbing pelajar supaya matlamat tersebut tercapai.
Mengambil berat
Pelajar
akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai
diri dan masalah mereka. Memahami adalah
lebih baik daripada menghukum. Ada
ketikanya guru perlu bercerita mengenai pengalaman sendiri. Misalnya, memberitahu kesilapan-kesilapan
yang pernah dilakuakan sebagai satu teladan untuk pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana menggunakan
kaedah ini dapat mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dengan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar
secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang
mereka disamping guru harus mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan
secara personal dapat dilakukan kepada semua pelajar.
Penglibatan pelajar
Salah
satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran. Guru memainkan peranan
untuk merangsang pelaar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan
dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan
interaksi antara pelajar dan guru.
Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka merasakan diri mereka
penting dan diperlukan. Keadaan ini
penting berikutan apabila pelajar berasa diri mereka diperlukan secara
tuntasnya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. Oleh itu, kesemua pelajar perlu terlibat
dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Penuhi keperluan pelajar
Guru
mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan.
Misalnya, memberi peluang kepada pelajar memilih satu dari dua tajuk
untuk disiapkan atau memberi mereka membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan
mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti
yang diketahui, pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebebasan
dan individu lain memahaminya. Oleh itu,
hubungan antara guru dan pelajar harus berterusan supaya pelajar dapat
berkomunikasi serta mewujudkan silaturahim yang baik dengan guru. Guru juga perlu mencipta suasana pembelajaran
yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea dan
ini akan mengaktifkan dan menaikan semangat murid untuk berfikir dan
menghasilkan idea baru.
Rujukan
1. Robert
J. Strenberng, (2001), Psychology: in search of the Human Mind,
2. Muhamad
Zaaba dan Zuraidah Ismail (2004). Motivasi Belajar dan Harga Diri: Hubungan
dengan Pencapaian Akademik dan Kegiatan Kokurikulum Pelajar Sekolah Menengah. Journal
article UUM.187: 2-18
Terima Kasih
Salam sejahtera dan salam perpaduan,
terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. saya berharap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana.:-)
Thursday, 25 December 2014
RUJUKAN
Rujukan
Afifah
Abu Yazid (ed.), Pengajian TAMADUN ASIA,
Pahang Darul Makmur, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2003.
Azhar
Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abd. Rahman, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),
Selangor Darul Ehsan, Fajar bakti Sdn. Bhd, 2000.
Sivachandralingam
Sundara Raja& Ayadurai Letchuman,
Tamadun Dunia Edisi Kedua, Selangor Darul Ehsan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
2001.
Sivachandralingam
Sundra Raja dan Ayudarai Letchumanan, Tamadun
Dunia, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1999.
Soo Khin Wah, Tamadun
Cina: Asal-usul, Unsur-unsur Asas Dan Orientasi Sistem Nilai, Kuala Lumpur,
Universiti Malaya, 2001.
Teo
Lay Teen, Tamadun Cina: Kesusasteraan,
Kesenian, Sains dan Teknologi Cina, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2001.
PERKEMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA
Perkembagan dan
sumbagan Mesopotamia
Kewujudan
tamadun Mesopotamia ini telah memberikan satu kesan kepada dunia iaitu perkembangan
tamadun ini telah memberi sumbangan kepada dunia.
Undang-undang
Dalam
tamadun Mesopotamia, kod undang-undang Hammurabi
adalah kod undang-undang yang terkenal dan amat terkenal.[1] Namun begitu, undang-undang Hammurabi bukan
undang-undang yang tertua sekali di dunia.
Terdapat dokumen undang-undang yang lain awal selain undang-undang
Hammurabi. Satu perkara yang menarik
terhadap kod ini ilah kesalahan seperti menyebabkan kecederaan dari segi
fizikal tidak dibenarkan hukum mati.
Sebaliknya, pesalah dikehendaki membayar ganti rugi dalam bentuk
perak. Pemerintahan Mesopotamia ini
menjalankan pentadbiran berasakan kepada common low yang diwarisi dari satu
pemerintahan dan pemerintahan yang baru.
Oleh itu, setiap kesalahan akan
dirujuk kepada raja. Menjelang akhir
pemerintahan Hammurabi, beliau telah mengarahkan supaya undang-undang keputusan
diraja diukir pada papan yang terdapat
di rumah-rumah berhala. Dalam kod
undang-undang Hammurabi ini, terdapat 282 fasal berhubung dengan pelbagai kesalahan
dalam perdagangan, perkahwinan dan harta, tanggungjawab golongan professional,
masalah perundangan berhubungan dengan
pertanian, kadar bayaran sewa dan urusan membeli dan menjual hamba.[2] Kod undang-undang Hammurabi telah menjadi
dasar perlembagaan kepada tamadun Mesopotamia.
Undang-undang Hammurabi ini berjaya mengelakkan permasalahan dalam
penduduk Mesopotamia. Berdasarkan
ciri-ciri kod undang-undang Hammurabi ini, jelas bahawa ia merupakan
undang-undang yang unik dan melambangkan tahap tamadun yang tinggi.
Seni bina
Tamadun
Mesopotamia mengalami kemajuan dari segi teknikal dalm bidang pembinaan. Salah satunya ialah batu bakar (burnt brick) menjadi
bahan utama dalam seni bina Mesopotamia iaitu pembinaan gerbang melengkung.[3] Idea membina gerbang melengkung berasal dari
orang-orang Sumeria. Di makam diraja Ur,
terdapat sebuah pintu gerbang melengkung yang dibina dengan menggunakan batu
bakar. Perubahan dan kemajuan dalam
bidang teknikal telah memberi kesan terhadap konfigurasi Bandar-bandar Sumeria. Perkembangan yang pesat telah berlaku pada
zaman sejarah dengan peningkatan dalam saiz Bandar dan bangunan-bangunan
bersejarah seperti dan rumah-rumah berhala.
Antara bangunan yang dibina menggunakan batu bakar iaitu Ziggurat.[4] Selain
itu, bangunan-bangunan juga dihiasi dengan bahan-bahan perhiasan seperti
patung-patung tembaga.
Astronomi
Astronomi
adalah satu cabang dalam bidang falsafah yang mengalami perkembangan yang pesat
dalam kesemua tamadun. Ia dapat dilihat
dengan jelas dalam tamadun Mesopotamia.
Perubahan berlaku dari segi minat dan keadah yang digunakan oleh sarjana
dan jurutulis dengan kajian fenomena alam khususnya berhubung dengan pergerakan
planet, dan bulan serta perubahan.
Perubahan ini adalah dari segi penggunaan kaedah matematik[5]. Masyarakat Mesopotamia telah telah mencipta
kalender lunar. Tahun baru bermula pada
first new moon dan bahagikan kepada 12 bulan.
Setiap bulan terdiri daripada 29 atau 30.
[1]
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999,
halaman 451
[2]
Ibid, halaman 451
[3]
Ibid, halaman 523
[4]
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999,
halaman 524
[5]
Ibid, halaman 421
PERKEMBANGAN TAMADUAN HWANG HO
PERKEMBANGAN TAMADUN HWANG HO
Tamadun
China dengan jangka hayat 4000 tahun adalah antara tamadun tertua di dunia
selain tamadun Mesir, India dan Mesopotamia.
Tamadun yang mempunyai keluasan Negara terbesar di Asia ini pada suatu
ketika dahulu pernah berada kemuncak kegemilangannya dengan melahirkan
tokoh-tokoh cerdik pandai yang memberi sumbagan yang pelbagi kepada kehidupan
sejagat.
Negara
China adalah pusat ketamadunan timur yang kaya dengan penemuan dan penciptaan. Pada masa yang sama juga perkembangan
tamadun-tamadun lain dalam bidang-bidang falsafah, teknologi, perubatan dan
sebagainya menyebabkan berlakunya interaksi, pinjam meminjam dan saling
bergantungan antara tamadun sama ada dalam aspek ilmu pengetahun mahupun
budaya. Fenomena tersebut menjadi saham
kepada kemajuan tamadun China khususya dan lain-lain tamadun umumnya.[1]
1. Bidang Falsafah dan
intelektual
Perkembagan
aliran-aliran falasafah yang dipelapori oleh falsafah dan pemikir China seperti
aliran Confuciunisme, Daosime atau Taoisme dan Maoisme memberi sumbangan yang
besar dalam membangunkan tamadun China.
Golongan pemikir ini muncul ditengah-tengah kekacauan dan kegawatan
ekoran masalah dalaman yang berlaku di China seperti serangan orang gasar dan
peperangan saudara pada era Dinasti Zhou/Chou yang akhir (475-221 SM). Mereka seolah-oleh menjadi penawar kepada
keperitan yang ditanggung oleh rakyat Cina, dan merupakan cerdik pandai yang
membantu pemimpin tempatan atau Maharaja untuk mentadbir dan mengurus
negeri. Ahli-ahli falsafah ini mempunyai
pendekatan dan cara pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Namun begitu kesemuanya sesuai dipraktikkan
dalam kehidupan harian masyarakat Cina.
Ajaran yang disampaikan oleh ahli-ahli pemikir ini Berjaya mempengaruhi
pemikiran masyarakat Cina dan berhasil mengumpul pengikut sendiri.[2]
Nilai
dan ajaran yang terkandung di dalam aliran-aliran falsafah China tersebut
bertujuan mengekalkan sifat semula jadi insan di samping mengawasi nafsu
kehaiwanan yang terbenam pada diri manusia. Seseorang itu diajar supaya tidak
melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak menyukainya. Secara ringkasnya
bersikap adil disamping mencurah kasih saying kepada semua insan adalah nilai
kemanusiaan yang mendasari falsafah China.
Konfuciunisme
melalui dua buah bukunya iaitu Klasik Konfucius dan buku susunan muridnya yang
diberi nama Lu Yu atau Analekta, menekankan hubungan biologi antara keluarga
dan hubungan bukan biologi antara masyarakat dan pemerintahan. Penekanan ajaran Konfusius kepada persoalan
moral menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerjaan dan
pembentukan masyarakat China yang teratur.
Ia muncul sebagai satu falsafah pemebentukan masyarakt China yang
teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah
politik yang diterima pakai oleh semua penganut agama Buddha dan Tao.
Sumbangan
yang diberikan dalam bidang intelektual pula menampakkan hasil kerja utam
Confucius dalam bidang penulisan yang telah memartabkan beliau sebagai ahli
falsafah Negara China. Beliau telah menghasilkan
lima buah buku klasik utama ( hasil karya yang baik dan suci) iaitu Book of odes, Book of History, Book of Rites
dan Spring and Antumn Annals. Manakala sebuah buku lagi dihasilkan oleh
beliau berjudul Book of Music
merupakan salah satu daripada klasik asal yang telah hilang pada abad ke-3 SM
sewaktu kempen pembakaran buku Dinasti Chin di bawah Shih Huang Ti.
Aliran
Toisme pula ialah falsafah yang dihasilkan oleh Lao Tzu dalam buku beliau the Way and Virtue. Dalam penulisannya beliau mengkritik semua
nilai yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
Ajarannya menekankan kepada masyarakat yang mudah dan primitive. Konsep ynag diketengahkan dalam ajaran Toisme
ini telah mendapat dokongan daripada tuan-tuan tanah yang kehilangan tanah
mereka akibat daripada peperangan yang berlanjutan. Falsafah Toisme dikatakan mendapat tempat dan
diterima oleh masyarakat terutama pada zaman Negara China melalui kepayahan
hidup contonhnya ketika China menghadapi masalah kekurangan makanan akibat
kemarau.
Aliran
falsafah lain yang tidak kurang pentingnya ialah Legalisme yang diperkenalkan
oleh Xun Zia tau Hsun Tzu (298-238 S.M).
Aliran ini memperjuangkan kepentingan undang-undang sebagai salah satu
cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Sumbangan intelektual golongan ini jelas
dilihat melalui karya KuanTzu dan Shang-Chiin atau Book
of Lord Shang yang ditujukan kepada pemerintah. Han Fei, salah seorang pemikir unggul Legalis
menulis Han Fei Tzu yang merupakan
falsafah Legalis yang komprehensif.
Teori-teori yang dikemukakan dipraktik oleh ketua menteri dalam dinasti
Chin iaitu Hsuan Ching. Bagi Legalisme,
kuasa harus dikekalkan dan dipertahankan dalam apa jua keadaan. Sumbangan yang diberikan oleh Legalisme lebih
menekankan kepada undang-undang berbanding moral yang dikemukakan oleh
ahli-ahli falsafah lain.[3]
2. Bidang Ekonomi
Tamadun
China merupakan sebuah tamadun yang kaya dimana kekayaan itu dimiliki dalam
bentuk khazanah, perhiasan, besi, emas, tanah, dan lain-lain. Sumber-sumber itu diperdagagankan di dalam
dan luar negeri. Pemerintahan kerjaan
Ching dan kebanyakan dinasti awal memperlihatkan pola perdagangan kerajaan china secara
keseluruhan adalah bersifat Laissez-faire
(dasar perdagangan bebas). Oleh itu
China merupakan salah satu rangkaian peniaga antarabangsa klasik di mana pernah
menjalankan perniagaan berbentuk pertukaran barangan dengan Tamadun Barat, Arab
dan Melayu.
Hasil
perdagangan utama China yang diperdagangkan ke Negara-negara tersebut seperti
benang, kain sutera, the, kapas, tekstil dan barang-barang perhiasan memberi
sumbangan yang bermakna kepada dunia luar.
Kemajuan yang pesat dalam bidang ekonomi dapat dilihat pada zaman
Dinasti Ming (1368-1644 M). Pusat
perkembangan ekonomi China adalah terletak di lembah Yangtze yang mempunyai
Bandar-bandar yang pesat dengan penduduk berikutan kemajuan di bidang industry
dan perdagangan. Bandar Soochow muncul
sebagai pusat industry tekstil, sungkiang sebagai pusat pengeluaran utama kain
kapas dan Kiangsi pula muncul sebagai pusat pengeluaran proselin utama. Kesemua hasil industry ini di eksport ke luar
negeri.
Tamadun
China juga ialah tamadun yang memperkenalkan penggunaan matawang untuk tujuan
perniagaan. Pada tahap awal penggunaan
mata wang siput diperkenalkan secara meluas khususnya pada masa pemerintahan
Dinasti Shang. Kemudian diikuti dengan
penggunaan mata wang tembaga dalam bentuk dan saiz era Dinasti Chou. Wang emas dan perak juga digunakan tetapi
bukan dalam bentuk syiling. Selain itu
penggunaan wang kertas mula diperkenalkan pada zaman Dinasti Sung. Perkembangan ekonomi tamadun China secara
tidak langsung telah memberi sumbangan kepada tamadun dunia yang lain khususnya
dalam penggunaan dan aliran tukaran matawang. [4]
3. Bidang Pendidikan
Institusi
pendidikan di China berkembang mengikut dinasti-dinasti yang memerintah. Hamper kesemua dinasti mengamalkan corak
pendidikan yang sama. Berdasarkan pada
prinsip Yin dan Yang yang menjadi asas kehidupan manusia khususnya masyarakat
Cina, sehingga kini ia Berjaya mewujudkan keharmonian dan kestabilan disamping
melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengutamakan pendidikan.
Sewaktu pemerintahan Dinasti Tang, sudah
terdapat beberapa universiti yang Berjaya melahirkan para cendikiawan dan bijak
pandai. Sistem pendidikan di China
berada di kemuncaknya sewaktu pemerintahan Maharaja Hsuan Tsung dengan
menubuhkan Han Lin yang bertujuan mempertemukan ahli-ahli akademik Negara. Dengan demikian tamadun China terbukti merupakan
antara tamadun yang Berjaya membawa masyarakat China ke mata dunia melalui
sistem pendidikannya yang teratur dan sistematik.
Melalui
corak pendidikan yang sistematik, China melangkah setapak ke hadapan dengan
memperkenalkan Sistem Peperiksaan Awam (SPA) , satu mekasnisme untuk memilih
individu ynag bijak bagi membantu mentadbir Negara. Sistem peperiksaan ini sehingga sekarang
telah dicontohi hamper di seluruh dunia.
Perhubungan di antara Inggeris dan China umpanya telah memberi kesan di
mana satu bentuk Sistem Peperiksaan Awam yang meniru SPA di China telah
diperkenalkan di England pada abad ke 19.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Negara kita sendiri mendapat sedikit
sebanyak inspirasi dan tempias dari Negara China memandangkan kebaikan yang
boleh didapati daripadanya.[5]
4. Bidang Sains dan Teknologi
:
i.
Bidang
astronomi
Di
zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke -11 sehingga ke-3 SM), orang
Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang
gerhana dan komet. Sumbangan terbesar
ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan
rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada
2,000 tahun. System calendar Cina juga
adalah satu system yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan system
lain di dunia ini.
ii.
Bidang
Matematik
Orang
Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat
pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat
itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matemetik Cina terkandung dalam
karya agung Juizhang suanshu (
Sembilan bab Matematik) oleh Zhang Cang ( Kurun ke-2 SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan
mengenai kuantiti negatif. Ahli
matematik Cina juga mengenal pasti nilai
pi, system pecahan dan system perpuluhan.
Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga
masa kini.
iii.
Bidang
Optik
Dalam
bidang optic, saintis Cina awal memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh
kamera lubang jarum (pinhole camera),
dan juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lens). Mereka juga
memahami prinsip focus.
iv.
Bidang
alkimia
Ahli
alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusi
hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis ‘’eliksir kehidupan’’(elixir of life). ‘’eliksir kehidupan’’ ini mengandungi
bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenic. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah
bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatn moden penggunaan bahan
beracun adalah biasa. Walaupun tujuan
utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji
kaji ahli alkimia Cina dalam mencampurkan pelbagai bahan, termasuk bahan
beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
v.
Penciptaan
Agung
Antara
pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dari segi
sumbangan terhadapt perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat
penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas.
Mengenai
teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiaanya
telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun
ke-13.
Teknologi
teknik pencetakan (printing) telah
mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan
masih wujud sehingga kini ialah Jingang
jing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini
disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada
pengalaman lama orang Cina dalam teknik pencetakan blok. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak
dan mula menggunakannya secara umum.
Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang
sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan
letupan (gunpowder) pula telah
dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji
mencampur saltpetre dengan sulphur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan
untuk membuat bunga api. Bahan letupan
mulai digunakan dalam bidang military pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang
(618-906). Ilmu bahan letupan dibawa
masuk dan diperkenalkan ke Negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari
situ diperkenalkan ke Negara Eropah.
Kompas
juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberi sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han ( 206 SM-220 SM)
sifat-sifat magnet sudah diketahui di Negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6 orang
Cina sudah menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan(induced magnetism), dan menjelang kurun
ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination)
dan juga kekutuban magnet (polarity)
dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan
ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di
kapal.[6]
Aspek Kesenian
i.
Kesusasteraan
Aktiviti
kesenian China lebih banyak tertumpu pada bidang penulisan manakala bidang
yang paling diminati ialah
kesusasteraan. Kesusasteraan China
sebahagian besarnya tidak tertulis dalam bentuk cerita rakyat dan pepatah. Kesusasteraan Cina boleh diklasifikasikan
kepada beberapa tajuk. Terdapat Sembilan
karya utama yang dihasilkan pada zaman Dinasti Sung dan ia dibahagikan kepada
dua kumpulan. Kumpulan pertama lebih
kepada cerita-cerita klasik seperti I Ching, Shu Ching dan Li
Chi serta Chun Chi’u . Kumpulan
kedua pula terdiri daripada empat buah buku iaitu Lun Yu (Analekta), Ta Hsueh (pembelajaran
agung), Chung Yung ( doktrin cara)
dan Meng Tzu (perbualan
Mencius). Keseluruhan cerita yang
membawa pada bahagian kedua ini pula berbentuk cerita kepercayaan dan keagamaan
atau falsafah.
ii.
Tulisan
Tulisan
Cina juga digunakan penduduk lain di dunia seperti Jepun dan Korea. Sistem tulisan Cina dimajukan pada zaman
dinasti Shang dan terdapat lebih 2000 perkataan bertulis yang masih digunakan
sehingga hari ini. Huruf atau glyphs
yang mewakili perkataan terdiri dari tiga unsur iaitu:
·
Piktograf yang dapat
dilihat sebagai gambar.
·
Idiograf yang mewakili
idea
·
Huruf (character) yang
dibentuk mengikut prinsip fonetik.[7]
iii.
Seni
bina
Kemajuan
senibina dalam tamadun China dapat dilihat menerusi kerja-kerja pengairan dan
pengawalan banjir. Menjelang abad ke-3
SM, kejuruteraan hidraulik menjadi suatu bidang yang berkembang maju. Jurutera Dinasti Chin, Li Ping membina sistem
pengairan yang paling rumit di barat Szhecuan di mana ia masih berfungsi dengan
baik walaupun sudah mencecah usia 2000 tahun.
Selain itu, Tembok Besar China sepanjang 1700 batu adalah mercu tanda
keagungan China dalam bidang kejuruteraan.[8]
[1] Afifah Abu Yazid (ed.), Pengajian
TAMADUN ASIA, Pahang Darul Makmur, PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd. 2003, Hal 133
[2] Azhar Hj. Mad Aros et.al, Tamadun
Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor Darul Ehsan, Fajar bakti Sdn. Bhd,
2000, hal 218
[3] Sivachandralingam Sundra
Raja dan Ayudarai Letchumanan, Tamadun
Dunia, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1999, Hal 403-404.
[4] Ibid., hlm 279-283
[5] Afifah Abu Yazid (ed.), Pengajian
TAMADUN ASIA, hlm 138
[6] Teo Lay Teen, Tamadun Cina:
Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi Cina, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2001, hal 327-330
[7] Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayudarai Letchumanan, Tamadun Dunia, Hlm 512-513
[8] Ibid., hlm 529
Tuesday, 23 December 2014
PERKEMBANAGAN TAMADUN MESIR
PERKEMBANGAN TAMADUN MESIR
Pekembangan tamadun
Mesir ini dapat dilihat apabila berlakunya perkembangan dalam bidang ilmu
pengetahuan seperti ilmu astronomi, matematik, perubatan dan undang-undang.
Misalnya, melalui ilmu astronomi ini, masyarakat pada zaman mesir telah berjaya
mencipta kalendar. Penciptaan ini merupakan kejayaan yang amat besar dalam
bidang sains terutamanya. Dalam bidang matematik pula contohnya,masyarakat
telah berjaya memperkenal sistem perpuluhan dan penggunaan digit yang
berasingan. Perkembangan yang berlaku dalam bidang ilmu pengetahuan ini secara
tidak langsung memajukan tamadun Mesir itu sendiri.[1]
Perkembangan tamadun Mesir juga
berlaku dari sudut ekonomi. Hal ini terbukti apabila pelabagai hasil tanaman
dapat dihasilkan seperti gandum dan barli. Kegiatan perdangangan juga berjaya
berkembang dengan pesat apabila barang-barang dagangan seperti fabric, kertas,
ikan masin,gading gajah dan lain-lain lagi telah berjaya dieksport ke luar.
Selain itu perkembangan juga berlaku dalam sektor perkilangan apabila sesebuah
kilang mempunyai pekerja yang ramai dan berlaku pengkhususan pekerjaan.
Perkembangan ekonomi yang berlaku ini membolehkan tamadun Mesir mencapai satu
tahap baru terutamanya dalam bidang ekonomi.
Di samping itu, sistem ketahanan dan
ketentraan juga telah mempengaruhi perkembangan tamadun ini. Hal ini kerana,
menjelang dinasti ke-18 S.M bidang ketentraan telah mengalami perkembangan yang
pesat. Perkembangan ini telah menyebabkan satu angkatan tentera telah
ditubuhkan oleh raja Mesir. Ia mempunyai stuktur organisasi yang sangat tersusun
sekaligus diiktiraf oleh masyarakat Mesir. Dengan adanya sisitem ketentraan
yang baik ini, secara tidak langsung ia dapat membantu mempetahankan negara
daripada serangan pihak musuh.[2]
Subscribe to:
Posts (Atom)