Tamadun Mesopotamia (Babylon)
Kemunculan
sesebuah tamadun dapat dilihat dari segi ciri-ciri yang ada pada sesebuah
kerajaan yang dibangunkan oleh masyarakatnya.
Menurut professor M.A.J. Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam
bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.[1] Beliau menyatakan bahawa tamadun yang tertua
di dunia adalah Tamadun Mesopotamia yang lahir lebih kurang 5000 tahun yang
lampau. Antara ciri-ciri utama Tamadun
Mesopotamia adalah kewujudan negara kota, tugu peringatan, agama dan sistem
tulisan. Untuk mencari
asal-usul ini, kita melihat kepada ketamadun purba, merupakan menggabungkan
keperluan dan keadaan alam sekitar yang disebabkan orang ramai untuk membangunkan
dan menyesuaikan diri. Tamadun Mesopotamia
adalah sebuah rantau di mana tamadun yang terawal dibangunkan di dunia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada
daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Tanah di antara sungai’.[2] Ia merujuk kepada kawasan yang terletak di
antara Sungai Tigris dan Euphrates. Hari
ini jarak sungai Euphrates lebih kurang
2800 km panjang dan jarak sungai Tigris pula lebih kurang 1890 km.[3]
Tamadun ini juga meliputi kawasan seluas 130 000 batu persegi. Dari segi geografi, kawasan ini dikelilingi
oleh pergunungan Zagros di bahagian timur laut dan daratan tinggi Arabia di
barat daya. Tamadun Mesopotamia
berkembang sekitar tahun 3500 S.M. Sekumpulan
orang nomad tiba kira-kira 3500 S.M di keluasan tanah yang kaya dan subur selepas Tigris dan Euphrates banjir setiap
tahun. Oleh itu, kawasan tersebut
didiami oleh masyarakat ini dan menetap di sumer, mereka dikenali sebagai
Sumeria.[4] Orang-orang Sumer mendiami bahagian selatan
Lembah Sungai Tigris-Euphrates iaitu dari Nippur hingga ke Teluk Parsi. Menurut Leonard Wooley, orang-orang Sumer
mungkin berasal dari kawasan pergunungan.
Ini kerana bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan menggunakan
kayu balak. Di samping itu, teks-teks kuno
menyebut tentang dewa orang-orang Sumer yang tinggal di kawasan pergunungan. Selain orang-orang Sumer, terdapat satu lagi
bangsa yang utama iaitu orang-orang Semitik.
Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali sebagai
Akkad. Orang-orang Semitik berasal dari
Semenanjungn Tanah Arab. Mereka
menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin utama Sargon
Agong. Empayar pertama ini juga dikenali
sebagai empayar Akkadia. Orang-orang
Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa semitik yang memainkan peranan
penting dalam sejarah Mesopotamia. Selain
daripada dua bangsa utama tersebut, Mesopotamia juga menjadi tumpuan suku-suku kaum
yang tinggal di kawasan pergunungan.
Antara suku-suku kaum ini adalah orang-orang Guti, Kassite, dan
Hurrian. Kedatangan pelbagai suku kaum
ini telah melahirkan satu tamadun yang kompleks yang dinamakan Tamadun
Sumero-Assyro-Babylon. Tamadun
Mesopotamia yang bermula sekitar 3500 S.M. telah bertahan selama 3000
tahun. Walaupun menghadapi pelbagai
masalah pergolakan politik dan ancaman luar tetapi ia mengekalkan keunggulan
sehingga awal abad Masihi yang pertama.
Dalam konteks ini, Bandar-bandar utama seperti Ur, Uruk, Nippur, Agade,
Babylon, Assur, Nineveh memaikan peranan penting sebagai pusat ekonomi, politik
dan budaya.[5] Banadar-bandar ini telah memelihara dan menghidupkan
peradaban Mesopotamia. Tamadun yang
unggul ini mula runtuh pada awal era Masihi.
Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada warisan budaya dan ilmu
sains Mesopotamia telah diselamatkan oleh orang-orang Yunani.
[1]
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999,
halaman ix.
[2]
Katherine Reece, The Mesopotamians: conquerors of middle east,
rourkepublishing, 2005, halaman 6
[3] Sivachandralingam
Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar
bakti sdn. Bhd, 1999, halaman xiii
[4]
Ibid, halaman xiii
[5]
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Selangor, penerbit fajar bakti sdn. Bhd, 1999,
halaman xiii
No comments:
Post a Comment