Definisi motivasi
Motivasi
boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan
sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut
Strenberng (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin
kepada sesuatu tindakan. Selain itu,
motivasi turut melibatkan sesuatu proses yang memberi kuasa dan arahan yang
menggerakan tingkah laku seseorang.
Manakala bagi Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi boleh ditakrifkan
sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai
prestasi cemerlang di sekolah.
Motivasi
adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai
matlamat akademik yang berkaitan rapat dengan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zaraida,
2004). Menurutnya lagi, jika seorang
pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang
maka pelajar itu adalah bermotivasi.
Selain daripada itu, motivasi tidak hanya terikat kepada pembelajaran
sahaja
Kepentingan
Motivasi
mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
murid. Kepentingan yang pertama adalah
untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid yang bermotivasi
akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberi sepenuh
perhatian terhadap pengajaran. Hal ini
akan mencetus kepentingan kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid
terhadap sesuatu pembelajaran. Murid
yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberi
sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas semasa guru mengajar di
hadapan kelas. Selain itu, motivasi juga
penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung
pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.
Terdapat
8 jenis motivasi yang boleh dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu
motivasi tugas, motivasi aspirasi, motivasi persaingan, motivasi afiliasi,
motivasi kecemasan, motivasi menghindari, motivasi peguatan dan motivasi yang
diarahkan oleh diri sendiri. Jika
melihat setiap maksud motivasi tersebut, motivasi tugas adalah motivasi yang
ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan manakala motivasi aspirasi yang
tinggi akan dapat dipupuk sekiranya pelajar memiliki perasaan ingin berjaya. Guru dapat membantu pelajar yang memiliki
motivasi aspirasi yang rendah dengan menggalakan pelajar tersebut untuk
mengejar cita-citanya. Bagi motivasi
persaingan pula dapat diterapkan melalui persaingan yang sihat sekaligus
menjadi motivasi yang kuat. Namun
begitu, guru haruslah mengawal motivasi ini kerana persaingan yang tidak sihat
mampu menjejaskan motivasi pelajar.
Motivasi
afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan
sebaik-baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain manakala
motivasi kecemasan sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar
pelajar yang bermotivasi rendah dan yang memiliki kecerdasan tinggi. Sebagai contoh, guru subjek sejarah boleh
meningkatkan motivasi pelajarnya untuk menghafal fakta dalam sejarah dengan
mengadakan kuiz ringkas pada permulaan setiap kelas terhadap setiap peristiwa
yang berlaku dalam sejarah tersebut. Hal
ini akan mencetuskan motivasi kecemasan di dalam diri pelajar sekaligus
mendorong pelajar untuk belajar.
Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar
murid, memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan
pelajar dan memberi penghargaan.
Motivasi ini dapat dilaksanakan dengan memberi penghargaan dan pujian
sekiranya terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar. Bagi pelajar yang menurun dari prestasinya
perlu diberi perhatian dan nasihat.
Motivasi
yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi
pelajar dalam belajar. Hal ini dikatakan
demikian kerana pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi ini menunjukkan tingkah
laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang
menjadi latar belakang tingkah laku mereka.
Oleh itu, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya
memberilkan aktiviti yang bersesuian dengan pelajar.
Cara-cara memotivasikan pelajar
Terdapat
2 teknik motivasi iaitu teknik intrinsic dan teknik ekstrinsik. Bagi maksud teknik intrinsic ilah dorongan
dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu
tanpa memikirkan ganjaran dan boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh
terbentuk dari pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Manakala bagi maksud teknik ekstrinsik pula
boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan
seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Kita
boleh lihat ciri-ciri pelajar yang bermotivasi ini melalui perbuatan yang
dibuat oleh pelajar tersebut. Misalnya, mereka
senantiasa rajin ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca
dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. Dalam hal ini, guru adalah individu yang
bertanggungjawab untuk memberikan motivasi kepada pelajar tersebut. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak
cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apakah tujuan
melaksanakan kerja atau tugasan tersebut.
Sebagai seorang pendidik, guru haruslah memberi penjelasan terhadap
pelajarnya mengenai beberapa perkara tersebut iaitu sebab-sebab tugasan yang
diberikan penting, perkaitan antara subjek dengan kehidupan dan memastikan
pengetahuan asas pelajar mantap serta cara-cara bagi menilai hasil kerja
mereka.
Selepas
pelajar jelas akan perkara-perkara di atas, ini munkin dapat membantu pelajar
memahami kepentingan mereka melaksanakan tugas sebgai pelajar. Di sini terdapat beberapa cara dan kaedah
yang boelh yang boleh diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan tahap motivasi
dalam diri pelajar.
Ganjaran
Pelajar
yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara
luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan
kelebihan pelajar dan suburkannya, kesannya mereka pasti akan mengulangi
kebaikan ini pada masa akan datang.
Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian dan
markah bonus dan sebagainya. Ganjaran
bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap
usaha yang dberikan. Guru boleh juga
memberi insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat
tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran
luar yang berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman
pelajar.
Tetapkan matlamat
Guru
yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap
pelajarnya iaitu bagi setiap subjek yang dipelajari. Guru tersebut juga harusalah mngikuti perkembangan pelajar dan memastikan setiap
pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang
mengajar subjek tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar bahawa
mereka harus faham tentang topik yang diajar pada hari tersebut di akhir
kelas. Jika matlamat tersebut tidak
dicapai, guru harus membimbing pelajar supaya matlamat tersebut tercapai.
Mengambil berat
Pelajar
akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai
diri dan masalah mereka. Memahami adalah
lebih baik daripada menghukum. Ada
ketikanya guru perlu bercerita mengenai pengalaman sendiri. Misalnya, memberitahu kesilapan-kesilapan
yang pernah dilakuakan sebagai satu teladan untuk pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana menggunakan
kaedah ini dapat mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dengan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar
secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang
mereka disamping guru harus mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan
secara personal dapat dilakukan kepada semua pelajar.
Penglibatan pelajar
Salah
satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran. Guru memainkan peranan
untuk merangsang pelaar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan
dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan
interaksi antara pelajar dan guru.
Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka merasakan diri mereka
penting dan diperlukan. Keadaan ini
penting berikutan apabila pelajar berasa diri mereka diperlukan secara
tuntasnya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. Oleh itu, kesemua pelajar perlu terlibat
dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Penuhi keperluan pelajar
Guru
mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan.
Misalnya, memberi peluang kepada pelajar memilih satu dari dua tajuk
untuk disiapkan atau memberi mereka membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan
mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti
yang diketahui, pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebebasan
dan individu lain memahaminya. Oleh itu,
hubungan antara guru dan pelajar harus berterusan supaya pelajar dapat
berkomunikasi serta mewujudkan silaturahim yang baik dengan guru. Guru juga perlu mencipta suasana pembelajaran
yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea dan
ini akan mengaktifkan dan menaikan semangat murid untuk berfikir dan
menghasilkan idea baru.
Rujukan
1. Robert
J. Strenberng, (2001), Psychology: in search of the Human Mind,
2. Muhamad
Zaaba dan Zuraidah Ismail (2004). Motivasi Belajar dan Harga Diri: Hubungan
dengan Pencapaian Akademik dan Kegiatan Kokurikulum Pelajar Sekolah Menengah. Journal
article UUM.187: 2-18
No comments:
Post a Comment