Powered By Blogger

Thursday, 18 December 2014

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

Ciri-ciri
a)Oganisasi Sosial dan Sistem Pemerintahan
Jika dilihat, pada zaman pradinasti organisasi sosial tamadun Mesir terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Namun hal ini telah berubah pada zaman kuno disebabkan oleh berlakunya perkembangan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
          
Dapat dilihat dalam organisasi sosial atau susun lapis masyarakat Mesir ini raja menduduki tempat teratas sekali. Raja(Firaun) ini berperanan menjadi pelindung kepada rakyat jelata yang tertakluk di bawah pemerintahannya. Baginda juga dianggap sebagai Tuhan. Seterusnya keluarga diraja berada di kedudukan yang kedua tertinggi. Kebiasaanya keluarga diraja ini terdiri daripada anak-anak raja, adik beradik mahupun saudara mara mereka.
Pada kedudukan atau hiereraki yang ketiga pula adalah golongan bangsawan dan paderi. Paderi mempunyai tugasnya yang tersendiri dan kebiasaanya dalam soal keagamaan. Namun kadang kala, pengaruh mereka ini juga dapat dilihat dalam bidang politik khususnya dalam soal perlantikan seseorang raja.
Seterusnya, anggota tentera, pembantu raja, tukang-tukang mahir dan petani. Anggota tentera antara golongan yang terpenting dalam suktur lapisan masyarakat Mesir. Hal ini dibuktikan apabila satu pasukan tentera yang besar telah ditubuhkan dan mempunyai organisasinya yang sangat tersusun. Pembantu raja pula bukan sahaja terlibat dalam bidang pertanian malah seluruh kelas buruh seperti pekerja-pekerja lombong emas, kuari dan lain-lain lagi. Manakala petani ialah golongan rakyat biasa yang tertindas. Hal ini disebabkan oleh pergerakan mereka diawasi oleh seseorang atau tuan tanah. Jika berlaku kejadian banjir pula mereka akan bekerja sebagai buruh paksa.
Sementara itu, golongan hamba pula menduduki hieraraki atau kedudukan yang paling bawah sekali dalam struktur masayarakat. Golongan hamba ini tidak mempunyai kebebasan mereka yang tersendiri kerana mereka perlu mematuhi arahan daripada tuan mereka. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada askar tawanan perang. Namun, tanggapan terhadap golongan hamba ini berubah semasa pemerintahan kerajaan baru di mana golongan hamba telah memainkan peranan yang cukup penting berbanding sebelum ini. Hal ini kerana sesiapa dalam kalangan mereka yang mempunyai kemahiran tertentu akan diambil bekerja sama ada sebagai tukng jahit, buruh dan sebagainya.[1]
b)Kepercayaan dan Agama
Dari sudut kepercayaan dan keagamaan, dapat dirumuskan bahawa masyarakat Mesir mengamalkan kepercayaan Politisme. Politisme ini dierrtikan sebagai kepercayaan kepada banyak tuhan. Hal ini dapat dibuktikan apabila kemunculan banyak tuhan dalam amalan kepercayaan mereka seperti Ra-Atum (tuhan langit), Tuhan matahari, Amon-Ra dan lain-lain lagi.
Sememangnya kepercayaan kepada banyak tuhan ini sudah menjadi kepercayaan mereka sejak dahulu kala lagi. Mereka percaya bahawa Tuhan ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri[2]
c)Petempatan kekal
            Seperti kita tahu, masyarakat pada zaman dahulu hidup berpindah randah atau digelar nomad. Namun begiu, setelah munculnya tamadun, masyarakatnya mula tinggal menatap di sesuatu kawasan Contohnya di lembah sungai. Petempatan kekal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam mahupun berburu binatang. Bukti ini diperkukuhkan lagi apabila pada zaman mesolitik, petempatan mula berkembang dengan pesat. Hal ini secara tidak langsung salah satu ciri yang ada pada tamadun Mesir Purba ini ialah petempatan kekal.



[1] Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia Edisi Kedua, Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2001, hlm. 55-58
[2] Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia Edisi Kedua, Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2001, hlm. 75

No comments:

Post a Comment