CIRI-CIRI TAMADUN HWANG
HO
1.
Sistem
Bermasyarakat
Seperti
masyarakat lain di dunia, masyarakat Cina juga mempunyai nilai-nilai social
yang membantu keteguhan masyarakat tersebut.
Nilai-nilai ini merupakan satu nilai baik dalam masyarakat cina dan ia
tertumpu kepada beberapa nilai utama seperti keadilan, keberanian,
kebijaksanaan, jujur, dan sebagainya. Selain
itu masyarakat Cina tradisi dibahagikan kepada empat kelas utama. Iaitu:

Antara empat kelas itu
hanya golongan cerdik pandai dimasukkan dalam kumpulan kelas pemerintahan. Manakala tiga kelas lain kadang kala
melakukan kerja-kerja saling berkaitan.
Misalnys di Bandar golongan tukang , selain menjalankan kerja-kerja
pertukangan, juga menjalankan kerja-kerja jual beli. Keadaan ini serupa juga berlaku ke atas
golongan petani dan pedagang.
Manakala pada abad ke 19
dan ke- 20, perubahan ketara berlaku kea tau struktur masyarakat tradisi
ini. Di sini kemunculan peluang-peluang
ekonomi baru membawa kepada kemunculan golongan pekerja. Manakala kemerosotan fahaman Kunfusius
membawa kepada kejatuhan kumpulan aristocrat intelektual. Namun demikian perubahan struktur
masyarakat ini tidak menghapuskan
nilai-nilai moral yang diajar oleh Konfusius.[1]
Berdasarkan system masyarakat ini kita dapat lihat pengkhususan pekerjaan yang
berlaku. Sebagai contoh, golongan peniaga akan melakukan aktiviti urusan
perniagaan dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan ekonomi pada masa itu.
Setiap tamadun mempunyai agama, tamadun Hwang Ho ini mengamalkan kerpecayaan poleitisme
iaitu kepercayaan kepada banyak Tuhan.
No comments:
Post a Comment