Powered By Blogger

Tuesday, 23 December 2014

PERKEMBANAGAN TAMADUN MESIR

PERKEMBANGAN TAMADUN MESIR
            Pekembangan tamadun Mesir ini dapat dilihat apabila berlakunya perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu astronomi, matematik, perubatan dan undang-undang. Misalnya, melalui ilmu astronomi ini, masyarakat pada zaman mesir telah berjaya mencipta kalendar. Penciptaan ini merupakan kejayaan yang amat besar dalam bidang sains terutamanya. Dalam bidang matematik pula contohnya,masyarakat telah berjaya memperkenal sistem perpuluhan dan penggunaan digit yang berasingan. Perkembangan yang berlaku dalam bidang ilmu pengetahuan ini secara tidak langsung memajukan tamadun Mesir itu sendiri.[1]
            Perkembangan tamadun Mesir juga berlaku dari sudut ekonomi. Hal ini terbukti apabila pelabagai hasil tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli. Kegiatan perdangangan juga berjaya berkembang dengan pesat apabila barang-barang dagangan seperti fabric, kertas, ikan masin,gading gajah dan lain-lain lagi telah berjaya dieksport ke luar. Selain itu perkembangan juga berlaku dalam sektor perkilangan apabila sesebuah kilang mempunyai pekerja yang ramai dan berlaku pengkhususan pekerjaan. Perkembangan ekonomi yang berlaku ini membolehkan tamadun Mesir mencapai satu tahap baru terutamanya dalam bidang ekonomi.
            Di samping itu, sistem ketahanan dan ketentraan juga telah mempengaruhi perkembangan tamadun ini. Hal ini kerana, menjelang dinasti ke-18 S.M bidang ketentraan telah mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah menyebabkan satu angkatan tentera telah ditubuhkan oleh raja Mesir. Ia mempunyai stuktur organisasi yang sangat tersusun sekaligus diiktiraf oleh masyarakat Mesir. Dengan adanya sisitem ketentraan yang baik ini, secara tidak langsung ia dapat membantu mempetahankan negara daripada serangan pihak musuh.[2]


           




[1] Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia Edisi Kedua, Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2001, hlm. 473-485
[2] Ibid, hlm. 250-251

No comments:

Post a Comment