FAKTOR KEWUJUDAN
TAMADUN
Faktor kewujudan
tamadun antaranya ialah proses urbanisasi atau pebandaran. Hal ini dapat
dilihat seperti yang berlaku di tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus. Di
tamadun Mesopotamia misalnya, kewujudan beberapa negara kota yang mempunyai
pemerintahan sendiri, menunjukkan sememangnya wujud sebuah tamadun manusia.
Begitu juga dengan tamadun Indus, kewujudan beberapa bandar utama seperti
Mohenjo Daro dan Harappa, juga memperlihatkan hakikat bahawa, proses urbanisasi
sebagai aspek utama menyebabkan kewujudan tamadun itu sendiri.
Selain itu, faktor kewujudan tamadun
juga ialah disebabkan oleh faktor geografi. Jika dilihat, rata-rata tamadun
awal dunia bermula di lembah sungai. Mengapa ia dipilih? Hal ini demikian
kerana untuk memudahkan masyarakat pada zaman itu mendapatkan sumber makanan
dan minuman. Selain itu, lembah sungai juga berfungsi sebagai sumber pengairan
yang baik bagi menjalankan kegiatan pertanian. Faktor geografi yang dikaitkan
dalam pembentukan tamadun juga ialah iklim yang membantu perkembangan sesuatu
tamadun itu.[1]
Di samping itu, faktor kewujudan tamadun
juga dipengaruhi oleh proses migrasi. Ini dibuktikan apabila masyarakat pada
zaman dahulu yang hidup berpindah randah. Dalam konteks ini, secara tidak
langsung penghijrahan yang berlaku secara tidak langsung membantu mewujudkan sesuatu tamadun yang baru.[2]
No comments:
Post a Comment