PERKEMBANGAN TAMADUN HWANG HO
Tamadun
China dengan jangka hayat 4000 tahun adalah antara tamadun tertua di dunia
selain tamadun Mesir, India dan Mesopotamia.
Tamadun yang mempunyai keluasan Negara terbesar di Asia ini pada suatu
ketika dahulu pernah berada kemuncak kegemilangannya dengan melahirkan
tokoh-tokoh cerdik pandai yang memberi sumbagan yang pelbagi kepada kehidupan
sejagat.
Negara
China adalah pusat ketamadunan timur yang kaya dengan penemuan dan penciptaan. Pada masa yang sama juga perkembangan
tamadun-tamadun lain dalam bidang-bidang falsafah, teknologi, perubatan dan
sebagainya menyebabkan berlakunya interaksi, pinjam meminjam dan saling
bergantungan antara tamadun sama ada dalam aspek ilmu pengetahun mahupun
budaya. Fenomena tersebut menjadi saham
kepada kemajuan tamadun China khususya dan lain-lain tamadun umumnya.
1. Bidang Falsafah dan
intelektual
Perkembagan
aliran-aliran falasafah yang dipelapori oleh falsafah dan pemikir China seperti
aliran Confuciunisme, Daosime atau Taoisme dan Maoisme memberi sumbangan yang
besar dalam membangunkan tamadun China.
Golongan pemikir ini muncul ditengah-tengah kekacauan dan kegawatan
ekoran masalah dalaman yang berlaku di China seperti serangan orang gasar dan
peperangan saudara pada era Dinasti Zhou/Chou yang akhir (475-221 SM). Mereka seolah-oleh menjadi penawar kepada
keperitan yang ditanggung oleh rakyat Cina, dan merupakan cerdik pandai yang
membantu pemimpin tempatan atau Maharaja untuk mentadbir dan mengurus
negeri. Ahli-ahli falsafah ini mempunyai
pendekatan dan cara pemikiran yang berbeza antara satu sama lain. Namun begitu kesemuanya sesuai dipraktikkan
dalam kehidupan harian masyarakat Cina.
Ajaran yang disampaikan oleh ahli-ahli pemikir ini Berjaya mempengaruhi
pemikiran masyarakat Cina dan berhasil mengumpul pengikut sendiri.
Nilai
dan ajaran yang terkandung di dalam aliran-aliran falsafah China tersebut
bertujuan mengekalkan sifat semula jadi insan di samping mengawasi nafsu
kehaiwanan yang terbenam pada diri manusia. Seseorang itu diajar supaya tidak
melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak menyukainya. Secara ringkasnya
bersikap adil disamping mencurah kasih saying kepada semua insan adalah nilai
kemanusiaan yang mendasari falsafah China.
Konfuciunisme
melalui dua buah bukunya iaitu Klasik Konfucius dan buku susunan muridnya yang
diberi nama Lu Yu atau Analekta, menekankan hubungan biologi antara keluarga
dan hubungan bukan biologi antara masyarakat dan pemerintahan. Penekanan ajaran Konfusius kepada persoalan
moral menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerjaan dan
pembentukan masyarakat China yang teratur.
Ia muncul sebagai satu falsafah pemebentukan masyarakt China yang
teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah
politik yang diterima pakai oleh semua penganut agama Buddha dan Tao.
Sumbangan
yang diberikan dalam bidang intelektual pula menampakkan hasil kerja utam
Confucius dalam bidang penulisan yang telah memartabkan beliau sebagai ahli
falsafah Negara China. Beliau telah menghasilkan
lima buah buku klasik utama ( hasil karya yang baik dan suci) iaitu Book of odes, Book of History, Book of Rites
dan Spring and Antumn Annals. Manakala sebuah buku lagi dihasilkan oleh
beliau berjudul Book of Music
merupakan salah satu daripada klasik asal yang telah hilang pada abad ke-3 SM
sewaktu kempen pembakaran buku Dinasti Chin di bawah Shih Huang Ti.
Aliran
Toisme pula ialah falsafah yang dihasilkan oleh Lao Tzu dalam buku beliau the Way and Virtue. Dalam penulisannya beliau mengkritik semua
nilai yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
Ajarannya menekankan kepada masyarakat yang mudah dan primitive. Konsep ynag diketengahkan dalam ajaran Toisme
ini telah mendapat dokongan daripada tuan-tuan tanah yang kehilangan tanah
mereka akibat daripada peperangan yang berlanjutan. Falsafah Toisme dikatakan mendapat tempat dan
diterima oleh masyarakat terutama pada zaman Negara China melalui kepayahan
hidup contonhnya ketika China menghadapi masalah kekurangan makanan akibat
kemarau.
Aliran
falsafah lain yang tidak kurang pentingnya ialah Legalisme yang diperkenalkan
oleh Xun Zia tau Hsun Tzu (298-238 S.M).
Aliran ini memperjuangkan kepentingan undang-undang sebagai salah satu
cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Sumbangan intelektual golongan ini jelas
dilihat melalui karya KuanTzu dan Shang-Chiin atau Book
of Lord Shang yang ditujukan kepada pemerintah. Han Fei, salah seorang pemikir unggul Legalis
menulis Han Fei Tzu yang merupakan
falsafah Legalis yang komprehensif.
Teori-teori yang dikemukakan dipraktik oleh ketua menteri dalam dinasti
Chin iaitu Hsuan Ching. Bagi Legalisme,
kuasa harus dikekalkan dan dipertahankan dalam apa jua keadaan. Sumbangan yang diberikan oleh Legalisme lebih
menekankan kepada undang-undang berbanding moral yang dikemukakan oleh
ahli-ahli falsafah lain.
2. Bidang Ekonomi
Tamadun
China merupakan sebuah tamadun yang kaya dimana kekayaan itu dimiliki dalam
bentuk khazanah, perhiasan, besi, emas, tanah, dan lain-lain. Sumber-sumber itu diperdagagankan di dalam
dan luar negeri. Pemerintahan kerjaan
Ching dan kebanyakan dinasti awal memperlihatkan pola perdagangan kerajaan china secara
keseluruhan adalah bersifat Laissez-faire
(dasar perdagangan bebas). Oleh itu
China merupakan salah satu rangkaian peniaga antarabangsa klasik di mana pernah
menjalankan perniagaan berbentuk pertukaran barangan dengan Tamadun Barat, Arab
dan Melayu.
Hasil
perdagangan utama China yang diperdagangkan ke Negara-negara tersebut seperti
benang, kain sutera, the, kapas, tekstil dan barang-barang perhiasan memberi
sumbangan yang bermakna kepada dunia luar.
Kemajuan yang pesat dalam bidang ekonomi dapat dilihat pada zaman
Dinasti Ming (1368-1644 M). Pusat
perkembangan ekonomi China adalah terletak di lembah Yangtze yang mempunyai
Bandar-bandar yang pesat dengan penduduk berikutan kemajuan di bidang industry
dan perdagangan. Bandar Soochow muncul
sebagai pusat industry tekstil, sungkiang sebagai pusat pengeluaran utama kain
kapas dan Kiangsi pula muncul sebagai pusat pengeluaran proselin utama. Kesemua hasil industry ini di eksport ke luar
negeri.
Tamadun
China juga ialah tamadun yang memperkenalkan penggunaan matawang untuk tujuan
perniagaan. Pada tahap awal penggunaan
mata wang siput diperkenalkan secara meluas khususnya pada masa pemerintahan
Dinasti Shang. Kemudian diikuti dengan
penggunaan mata wang tembaga dalam bentuk dan saiz era Dinasti Chou. Wang emas dan perak juga digunakan tetapi
bukan dalam bentuk syiling. Selain itu
penggunaan wang kertas mula diperkenalkan pada zaman Dinasti Sung. Perkembangan ekonomi tamadun China secara
tidak langsung telah memberi sumbangan kepada tamadun dunia yang lain khususnya
dalam penggunaan dan aliran tukaran matawang.
3. Bidang Pendidikan
Institusi
pendidikan di China berkembang mengikut dinasti-dinasti yang memerintah. Hamper kesemua dinasti mengamalkan corak
pendidikan yang sama. Berdasarkan pada
prinsip Yin dan Yang yang menjadi asas kehidupan manusia khususnya masyarakat
Cina, sehingga kini ia Berjaya mewujudkan keharmonian dan kestabilan disamping
melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengutamakan pendidikan.
Sewaktu pemerintahan Dinasti Tang, sudah
terdapat beberapa universiti yang Berjaya melahirkan para cendikiawan dan bijak
pandai. Sistem pendidikan di China
berada di kemuncaknya sewaktu pemerintahan Maharaja Hsuan Tsung dengan
menubuhkan Han Lin yang bertujuan mempertemukan ahli-ahli akademik Negara. Dengan demikian tamadun China terbukti merupakan
antara tamadun yang Berjaya membawa masyarakat China ke mata dunia melalui
sistem pendidikannya yang teratur dan sistematik.
Melalui
corak pendidikan yang sistematik, China melangkah setapak ke hadapan dengan
memperkenalkan Sistem Peperiksaan Awam (SPA) , satu mekasnisme untuk memilih
individu ynag bijak bagi membantu mentadbir Negara. Sistem peperiksaan ini sehingga sekarang
telah dicontohi hamper di seluruh dunia.
Perhubungan di antara Inggeris dan China umpanya telah memberi kesan di
mana satu bentuk Sistem Peperiksaan Awam yang meniru SPA di China telah
diperkenalkan di England pada abad ke 19.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Negara kita sendiri mendapat sedikit
sebanyak inspirasi dan tempias dari Negara China memandangkan kebaikan yang
boleh didapati daripadanya.
4. Bidang Sains dan Teknologi
:
i.
Bidang
astronomi
Di
zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke -11 sehingga ke-3 SM), orang
Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang
gerhana dan komet. Sumbangan terbesar
ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan
rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada
2,000 tahun. System calendar Cina juga
adalah satu system yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan system
lain di dunia ini.
ii.
Bidang
Matematik
Orang
Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat
pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat
itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matemetik Cina terkandung dalam
karya agung Juizhang suanshu (
Sembilan bab Matematik) oleh Zhang Cang ( Kurun ke-2 SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan
mengenai kuantiti negatif. Ahli
matematik Cina juga mengenal pasti nilai
pi, system pecahan dan system perpuluhan.
Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga
masa kini.
iii.
Bidang
Optik
Dalam
bidang optic, saintis Cina awal memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh
kamera lubang jarum (pinhole camera),
dan juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lens). Mereka juga
memahami prinsip focus.
iv.
Bidang
alkimia
Ahli
alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusi
hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis ‘’eliksir kehidupan’’(elixir of life). ‘’eliksir kehidupan’’ ini mengandungi
bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenic. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah
bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatn moden penggunaan bahan
beracun adalah biasa. Walaupun tujuan
utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji
kaji ahli alkimia Cina dalam mencampurkan pelbagai bahan, termasuk bahan
beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
v.
Penciptaan
Agung
Antara
pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dari segi
sumbangan terhadapt perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat
penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas.
Mengenai
teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiaanya
telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun
ke-13.
Teknologi
teknik pencetakan (printing) telah
mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan
masih wujud sehingga kini ialah Jingang
jing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini
disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada
pengalaman lama orang Cina dalam teknik pencetakan blok. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak
dan mula menggunakannya secara umum.
Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang
sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan
letupan (gunpowder) pula telah
dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji
mencampur saltpetre dengan sulphur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan
untuk membuat bunga api. Bahan letupan
mulai digunakan dalam bidang military pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang
(618-906). Ilmu bahan letupan dibawa
masuk dan diperkenalkan ke Negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari
situ diperkenalkan ke Negara Eropah.
Kompas
juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberi sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han ( 206 SM-220 SM)
sifat-sifat magnet sudah diketahui di Negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6 orang
Cina sudah menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan(induced magnetism), dan menjelang kurun
ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination)
dan juga kekutuban magnet (polarity)
dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan
ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di
kapal.
Aspek Kesenian
i.
Kesusasteraan
Aktiviti
kesenian China lebih banyak tertumpu pada bidang penulisan manakala bidang
yang paling diminati ialah
kesusasteraan. Kesusasteraan China
sebahagian besarnya tidak tertulis dalam bentuk cerita rakyat dan pepatah. Kesusasteraan Cina boleh diklasifikasikan
kepada beberapa tajuk. Terdapat Sembilan
karya utama yang dihasilkan pada zaman Dinasti Sung dan ia dibahagikan kepada
dua kumpulan. Kumpulan pertama lebih
kepada cerita-cerita klasik seperti I Ching, Shu Ching dan Li
Chi serta Chun Chi’u . Kumpulan
kedua pula terdiri daripada empat buah buku iaitu Lun Yu (Analekta), Ta Hsueh (pembelajaran
agung), Chung Yung ( doktrin cara)
dan Meng Tzu (perbualan
Mencius). Keseluruhan cerita yang
membawa pada bahagian kedua ini pula berbentuk cerita kepercayaan dan keagamaan
atau falsafah.
ii.
Tulisan
Tulisan
Cina juga digunakan penduduk lain di dunia seperti Jepun dan Korea. Sistem tulisan Cina dimajukan pada zaman
dinasti Shang dan terdapat lebih 2000 perkataan bertulis yang masih digunakan
sehingga hari ini. Huruf atau glyphs
yang mewakili perkataan terdiri dari tiga unsur iaitu:
·
Piktograf yang dapat
dilihat sebagai gambar.
·
Idiograf yang mewakili
idea
·
Huruf (character) yang
dibentuk mengikut prinsip fonetik.
iii.
Seni
bina
Kemajuan
senibina dalam tamadun China dapat dilihat menerusi kerja-kerja pengairan dan
pengawalan banjir. Menjelang abad ke-3
SM, kejuruteraan hidraulik menjadi suatu bidang yang berkembang maju. Jurutera Dinasti Chin, Li Ping membina sistem
pengairan yang paling rumit di barat Szhecuan di mana ia masih berfungsi dengan
baik walaupun sudah mencecah usia 2000 tahun.
Selain itu, Tembok Besar China sepanjang 1700 batu adalah mercu tanda
keagungan China dalam bidang kejuruteraan.